STL 2025: Jadual Perlawanan,Live Streaming & Keputusan Terkini
Liga Sepak Takraw (STL) 2025 akan membuka tirainya pada 28 Mei 2025 , dengan format baharu yang menarik perhatian peminat sukan tempatan. Majlis pelancarannya pula telah berlangsung pada 20 Mei 2025 yang lalu.
Pada tahun ini, acara ini akan membawa lebih banyak aksi, persaingan sengit, dan detik-detik yang mengujakan.
Berikut dikongsikan jadual perlawanan, senarai kumpulan, dan cara untuk menonton siaran langsung liga ini.

BACA JUGA: Piala Dunia Sepak Takraw 2025, Final LIVE Perlawanan Malaysia
Pengenalan Sepak Takraw League
Liga Sepak Takraw (STL) adalah sebuah liga profesional sepak takraw yang dianjurkan di Malaysia.
Liga ini telah ditubuhkan pada 7 November 2014 dengan tujuan untuk membangunkan bakat sepak takraw tempatan dan mempromosikan sukan ini ke peringkat yang lebih tinggi.
STL 2025 memperkenalkan sistem kelayakan baharu yang membahagikan pasukan kepada Kelas Satu dan Kelas Dua selepas peringkat kumpulan.
Hanya pasukan Kelas Satu akan layak merebut kejuaraan, manakala Kelas Dua akan bersaing untuk tempat kelima hingga kelapan. Format ini dijangka meningkatkan intensiti dan mendebarkan lagi aksi perlawanan untuk peminat.
Musim kali ini (2025), terdapat enam siri Grand Prix di enam lokasi berbeza, termasuk penambahan satu Grand Prix di Negeri Sembilan, menjadikan keseluruhan lebih menarik dan kompetitif.
CelcomDigi diumumkan sebagai penaja utama STL 2025, menggantikan penaja sebelum ini.



Jadual Perlawanan STL 2025
STL 2025 menampilkan tiga kategori utama iaitu STL Divisyen 1, STL Premier, dan STL Champions Cup.
Musim ini, STL Divisyen 1 memperkenalkan format baharu berbentuk Grand Prix (GP), di mana pasukan akan bersaing dalam beberapa siri GP di lokasi berbeza.
Selepas pusingan kumpulan, pasukan akan dibahagikan kepada Kelas Satu dan Kelas Dua untuk penentuan kejuaraan dan kedudukan.
Perlawanan pertama STL 2025 akan berlangsung pada 28 Mei 2025 di Stadium SUKPA, Pahang, dan akan diteruskan dengan pelbagai aksi menarik sepanjang musim ini.
Berikut dikongsikan jadual perlawanan Liga Sepak Takraw (STL) 2025 dengan lebih terperinci:

STL Division 1
- Tarikh: 28 MEI 2025 – 1 JUN 2025
- Tempat: Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Pahang.
STL Premier League
Grand Prix 1
- Tarikh: 18 – 22 Jun 2025
- Tempat: Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Grand Prix 2
- Tarikh: 25 – 29 Jun 2025
- Tempat: Arena N9, Nilai, Negeri Sembilan.
Grand Prix 3
- Tarikh: 09 – 13 Jul 2025
- Tempat: Larkin Arena, Johor Bahru, Johor.
Grand Prix 4
- Tarikh: 29 Jul 2025 – 3 Ogos 2025
- Tempat: Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.
Grand Prix 5
- Tarikh: 13 – 17 Ogos 2025
- Tempat: Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.
Grand Prix 6
- Tarikh: 20 – 24 Ogos 2025
- Tempat: SPICE Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang.
STL Champions Cup 2025
- Tarikh: 10 – 14 Sept 2025 / 17 – 21 Sept 2025
- Tempat:
- Iskandar Malaysia Studio (IMS), Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.
- Arena N9, Nilai, Negeri Sembilan.
- Penyertaan: EMPAT (4) pasukan terbaik STL Premier 2025.
Sebarang perubahan tarikh dan pindaan akan dimaklumkan.
NOTA: Maklumat lanjut mengenai jadual perlawanan boleh didapati di laman web rasmi STL dan platform sukan yang berkaitan.
Senarai Pasukan Bertanding STL 2025
Liga ini akan menyaksikan penyertaan beberapa pasukan terkuat dari seluruh negara. Setiap kumpulan akan bersaing untuk mendapatkan tempat ke suku akhir, di mana pasukan terbaik akan berpeluang untuk meraih kejuaraan STL 2025.
Division 1
- Melaka Titans
- Sabah Mountaineers
- Kedah Eagles
- Mammoth Pahang
- Kelantan Warriors
- Penjara Enforces
- Sarawak Hunter
- Perlis Vipers
- Selangor Pistons
- Labuan Drillers
- Putrajaya Cyborg
- PSM Mavericks
STL Premier
- ATM Guardians
- KL Thunder
- Negeri Sembilan Antlers
- Penang Black Panthers
- Johor Tigris
- Perak Bison
- KPT-Masum Knights
- Bomba Fighters
- PDRM Defenders (Promoted – Champion Div 1 STL 21/22)
- Terengganu Turtles (Promoted – Runner Up Div 1 STL 21/22)
- (Champion STL Division 1)
- (Runner Up STL Division 1)
STL Champions Cup
[AKAN DIKEMASKINI KELAK]Senarai Kumpulan
Division 1
Terdapat 4 pembahagian kumpulan untuk Division 1 iaitu:
Kumpulan A:
- A1 – Melaka Titans
- A2 – Sarawak Hunter
- A3 – Perlis Vipers
Kumpulan B:
- B1 – Mammoth Pahang
- B2 – Kedah Eagles
- B3 – PSM Mavericks
Kumpulan C:
- C1 – Putrajaya Cyborg
- C2 – Sabah Mountaineers
- C3 – Penjara Enforces
Kumpulan D:
- D1 – Selangor Pistons
- D2 – Labuan Drillers
- D3 – Kelantan Warriors
STL Premier
Terdapat 4 pembahagian kumpulan untuk Liga Premier STL 2024 iaitu:
Kumpulan A:
- Kelantan Warriors
- KL Thunder
- Bomba Fighters
Kumpulan B:
- Selangor Pistons
- ATM Guardians
- Perak Bison
Kumpulan C:
- Negeri Sembilan Antlers
- Johor Tigris
- PDRM Defenders
Kumpulan D:
- Penang Black Panthers
- Terengganu Turtles
- KPT-Masum Knights
BACA JUGA: 1 Murid 1 Sukan: Modul Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah
STL Champions Cup
[AKAN DIKEMASKINI]Live Streaming STL 2024
Bagi peminat yang ingin menyaksikan setiap aksi perlawanan secara langsung, STL 2024 menawarkan pilihan live streaming.
Perlawanan boleh ditonton melalui saluran Astro Arena 801, strim di Astro GO & aplikasi sooka bermula 26 Ogos 2024.
Beberapa perlawanan juga akan disiarkan secara langsung di saluran rasmi STL. Pastikan anda mengikuti laman sosial STL untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai siaran langsung dan jadual perlawanan.
BACA JUGA: Promosi Merdeka 2024 Malaysia – Marrybrown, Tealive, Jco, dll
Info Penjualan Tiket STL 2024
Divisyen 1 Melaka:
Tiket normal – 22 Aug
GP Selangor:
- Pas bermusim – 31 Aug | 3.00 pm
- Tiket normal – 4 Sept | 3.00 pm
GP Terengganu:
- Pas bermusim – 16 Sept | 3.00 pm
- Tiket normal – 19 Sept | 3.00 pm
GP Perak:
- Pas bermusim – 30 Sept | 3.00 pm
- Tiket normal – 3 Oct | 3.00 pm
GP Penang:
- Pas bermusim – 10 Oct | 3.00 pm
- Tiket normal – 13 Oct | 3.00 pm
GP Johor:
- Pas bermusim – 22 Oct | 3.00 pm
- Tiket normal – 25 Oct | 3.00 pm
Keputusan Terkini
Pemenang Perlawanan STL DIVISION 1
Juara Divisyen 1 : Kelantan Warriors (menewaskan Selangor Pistons)
Senarai pemenang STL Division 1 2024
Pemenang Perlawanan STL Premier
[AKAN DIKEMASKINI KELAK]Pemenang Perlawanan STL Champions Cup
[AKAN DIKEMASKINI KELAK]Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila ikuti media rasmi Sepak Takraw League:
- Facebook Persatuan Sepaktakraw Malaysia – PSM
- Instagram Sepak Takraw League
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan menarik ini!