Bermula 1 Julai 2025, Kerajaan MADANI akan melaksanakan semakan semula terhadap sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) meliputi pelarasan kadar cukai jualan serta peluasan skop cukai perkhidmatan.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan untuk memperkukuh kedudukan ekonomi negara.
Namun begitu, bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara, barangan asas harian yang menjadi keperluan utama pengguna masih dikecualikan daripada cukai jualan.
Artikel ini menyenaraikan barangan asas terkini yang tidak dikenakan cukai jualan, agar anda dapat membuat pilihan pembelian yang lebih bijak dan menjimatkan.
Baca juga: Cukai SST – Semakan Kadar & Skop Cukai Mulai 1 Julai 2025
Apa itu Cukai Jualan
Cukai Jualan (CJ) adalah sejenis cukai tidak langsung yang dikenakan oleh kerajaan ke atas barang-barang buatan dalam negara atau barang yang diimport, sebelum dijual kepada pengguna akhir.
Cukai ini dikenakan pada peringkat pengilang (manufacturer) atau pengimport, dan bukan terus kepada pengguna.
Barang Asas yang Tak Dikenakan Cukai
Berikut adalah senarai barang asas yang tidak akan dikenakan cukai jualan:
- Daging ayam
- Daging itik
- Daging ayam belanda
- Daging lembu
- Daging kambing
- Ikan keli / talapia / tongkol
- Ikan bilis
- Kerang
- Udang
- Sotong
- Susu segar
- Telur ayam / itik / puyuh
- Ubi kentang
- Tomato
- Kobis
- Timun
- Bawang
- Kelapa muda
- Kelapa tua
- Biji kopi
- Teh
- Lada hitam
- Rempah ratus
- Halia
- Barli
- Oat
- Gandum
- Beras
- Biji jagung
- Tepung gandum
- Tepung beras
- Tepung sagu


Baca juga: Cukai Perkhidmatan 2024 : Kadar & Perkhidmatan Yang Dicukai
Kadar Cukai Jualan
1. Barangan Berkadar 0% (Dikecualikan Cukai Jualan)
Cukai jualan pada kadar 0% dikenakan ke atas barangan keperluan asas, bertujuan untuk tidak membebankan pengguna, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Contoh barangan kekal pada kadar 0%:
- Barang belum diproses: ayam, lembu, kambing, tilapia, udang, sotong, sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan, beras, barli, gandum.
- Barang telah diproses: tepung, sardin dalam tin, gula, garam, roti putih, pasta, bihun, mi segera, susu (Milo, Vico, Nestum), minyak masak.
- Lain-lain: ubat-ubatan dan peranti perubatan, buku dan surat khabar, makanan ternakan, bahan binaan asas (semen, batu, pasir), baja, racun serta jentera pertanian dan penternakan.
2. Barangan Berkadar 5%
Barangan dalam kategori ini dikenakan cukai jualan 5%, merangkumi barangan pilihan atau separa mewah yang masih mempunyai nilai pengguna.
Contoh barangan kekal pada kadar 5%:
- Abalone dan lobster
- Quinoa
- Keju
- Jem buah-buahan
- Telefon pintar
Contoh barangan yang dinaikkan ke kadar 5%:
- Jentera industri
- King crab
- Salmon dan kod
- Cendawan truffle
- Strawberry import
- Essential oil
- Sutera
3. Barangan Berkadar 10%
Kadar 10% merupakan kadar cukai jualan tertinggi, dikenakan ke atas barangan mewah atau tidak asas, yang dianggap bukan keperluan harian rakyat.
Contoh barangan kekal pada kadar 10%:
- Kaviar
- Sirip ikan yu
- Minuman beralkohol
- Rokok dan cerut
- Barangan kulit
Contoh barangan dinaikkan ke kadar 10%:
- Lukisan tangan antik
- Sisa skrap tungsten
- Basikal lumba
Langkah pengelasan ini bukan sahaja membantu kerajaan menjana hasil negara, tetapi juga memastikan kebajikan rakyat terbela dengan tidak membebankan barangan asas harian.

Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan informasi terkini berkenaan dengan pelaksanaan SST tahun ini, anda boleh rujuk dari semasa ke semasa laman rasmi Kementerian Kewangan:
- Website: https://mof.gov.my/portal/ms/
- FB: https://www.facebook.com/KemKewangan
- IG: https://www.instagram.com/mof_malaysia/
- X: https://x.com/mofmalaysia
Atau, anda juga boleh hubungi Pusat Panggilan Kastam (CCC) di talian : 1300 888 500 atau email kepada ccc@customs.gov.my