free hit counter Rayuan UPUOnline 2025 – Cara Mohon, Syarat & Tarikh Penting – My Blog

Rayuan UPUOnline 2025 – Cara Mohon, Syarat & Tarikh Penting

Rayuan UPUOnline 2025 – Cara Mohon, Syarat & Tarikh Penting

Bagi pelajar lepasan SPM dan STPM yang tidak berjaya mendapat tawaran ke Universiti Awam (UA) atau Politeknik melalui UPUOnline sesi akademik 2025/2026, jangan putus asa. Peluang kedua masih terbuka untuk anda melalui permohonan rayuan UPU.

RAYUAN UPU BOLEH DIBUAT DALAM TEMPOH 10 HARI MULAI 16 JUN 2025 (12 TENGHARI) SEHINGGA 25 JUN 2025 (5 PETANG).

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.

Apa Itu Rayuan UPUOnline?

Rayuan UPUOnline adalah peluang kedua yang diberikan kepada pemohon yang gagal mendapat sebarang tawaran atau hanya menerima tawaran peringkat sijil sahaja melalui permohonan UPUOnline.

Sistem rayuan ini diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi memastikan setiap pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi mengikut kelayakan dan kekosongan tempat yang ada.

Siapa Yang Layak Membuat Rayuan UPU?

  • Rayuan hanya dibuka kepada pemohon yang benar-benar tidak mendapat sebarang tawaran. Jika anda telah menerima tawaran dan menolaknya, anda tidak layak untuk membuat rayuan melalui sistem e-rayuan UPU
  • Pemohon lepasan SPM atau STPM/setaraf yang tidak menerima sebarang tawaran ke UA/Politeknik selepas keputusan rasmi diumumkan.
  • Pemohon yang hanya mendapat tawaran program peringkat sijil dan ingin mencuba nasib untuk program lebih tinggi.

Tarikh Penting Permohonan Rayuan UPUOnline 2025

  • Tempoh permohonan rayuan adalah 10 hari bermula 16 Jun 2025 (Isnin) jam 12.00 tengah hari hingga 25 Jun 2025 (Rabu) jam 5.00 petang.
  • Rayuan UPU untuk pelajar lepasan SPM – Keputusan biasanya diumumkan pada minggu pertama Ogos.
  • Rayuan UPU untuk pelajar lepasan STPM/setaraf – Keputusan diumumkan sekitar minggu kedua Oktober.

NOTA: Tarikh-tarikh ini tertakluk kepada perubahan oleh pihak UPU. Pastikan anda sentiasa menyemak portal rasmi UPU untuk maklumat terkini.

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN UPU BOLEH DILAKUKAN MELALUI APLIKASI UPUPOCKET ATAU DIPAUTAN BERIKUT :

Institusi yang boleh dimohon adalah :

  • 20 Universiti Awam
  • 36 Politeknik
  • 105 Kolej Komuniti
  • 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Cara Permohonan & Rayuan UPUOnline 2025/2026

Berikut adalah panduan lengkap langkah demi langkah untuk membuat rayuan UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik sesi 2025/2026.

  1. Layari Portal Rasmi UPUOnline di pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my134.
  2. Log Masuk akaun anda menggunakan ID (No. Kad Pengenalan) dan kata laluan yang didaftarkan semasa permohonan asal.
  3. Setelah log masuk, cari dan klik menu “Permohonan Rayuan” yang akan diaktifkan hanya untuk calon yang layak.
  4. Pilih program pengajian yang masih mempunyai kekosongan dan sesuai dengan kelayakan anda. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat.
  5. Semak semula maklumat sebelum klik “Sah & Hantar”. Kegagalan untuk klik sah & hantar menyebabkan permohonan tidak diproses.
  6. Setelah selesai, cetak slip permohonan rayuan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

NOTA: Rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT dibuat terus ke institusi berkenaan, bukan melalui UPUOnline.

    Semakan Keputusan Rayuan

    Semakan keputusan rayuan UPU akan dikemaskini dari masa ke semasa. Keputusan rayuan boleh disemak di portal UPUOnline pada tarikh yang akan diumumkan.


    PERMOHONAN UPUONLINE 2025/2026

    • Permohonan UPUONLINE akan dibuka pada [akan dikemaskini kelak]

    Link Permohonan:
    http://upu.mohe.gov.my/

    Berikut adalah panduan membuat permohonan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi para pelajar yang ingin memohon:

    1. Bayaran proses UPUOnline di BSN
    2. Layari portal rasmi UPU Online di pautan https://upu.mohe.gov.my/
    3. Pastikan kategori anda betul.
    4. Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
    5. Kira merit disini.
    6. Semak tren permohonan dan penawaran.
    7. Semak laluan kerjaya.
    8. Isi permohonan UPUOnline.
    9. Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
    10. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
    11. Lengkapkan borang permohonan.
    12. Klik butang “SIMPAN”.
    13. Cetak slip permohonan.
    14. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
    15. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.

    Cara Pembelian No Pin

    • Pembelian pin BSN UPUOnline boleh dilakukan pada [AKAN DIKEMASKINI KELAK]
    • Harga no pin: [AKAN DIKEMASKINI KELAK]
    • BSN akan membekalkan no pin berserta salinan resit pembayaran

    Cara pembelian:

    1. Pembelian secara online (ada no akaun BSN)
    2. Pembelian di kaunter BSN.
    3. Pembelian di ATM BSN.
    permohonan upuonline 2024 2025 upu

    Penentuan Aliran Lepasan SPM

    permohonan upuonline 2024 2025 upu

    Terdapat 2 kategori permohonan iaitu:

    KATEGORI 1 : PERMOHONAN LEPASAN SPM

    • Kategori Lepasan SPM
      • SPM TAHUN 2025

    KATEGORI 2 : PERMOHONAN LEPASAN STPM / SETARAF

    • STPM TAHUN 2025
    • Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / ASASIpintar UKM / Asasi UiTM Sesi Akademik 2025/2026
    • STAM 2024 & 2023
    • Diploma / Setaraf
      • Diploma UA / Politeknik
      • DKM / DLKM / DVM/ Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma
      • Kelayakan Setaraf Seperti A-Level / IB / AUSMAT / SAM/ CPU / Sekolah Sukan
      • STPM, Matrikulasi KPM / Asasi , STAM (Bukan tahun semasa)
    permohonan upuonline 2024 2025 upu

    Syarat pemilihan program UPU online 2025 boleh dibuat dengan merujuk ke pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my/

    Baca juga: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User

    Panduan Memilih Program UPU Online

    1. Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
    2. Program yang minat.
    3. Pilihan program mengikut keutamaan.
    4. Rujuk kaunselor.
    5. Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.
    permohonan upuonline 2024 2025 upu
    permohonan upuonline 2024 2025 upu
    permohonan upuonline 2024 2025 upu

    PENENTUAN ALIRAN LEPASAN SPM 2021 DAN SETERUSNYA

    PENENTUAN ALIRAN LEPASAN STPM / SETARAF

    PENERANGAN BERKENAAN KEDUDUKAN MERIT & PENGIRAAN MERIT

    Untuk mengetahui cara mengira markah merit, sila rujuk : Kalkulator Merit Permohonan UPU: Cara Pengiraan & Penggunaan

    Link Kalkulator Merit

    Link Panduan Permohonan

    Link Permohonan

    Link Rayuan UPUOnline

    Link Semakan Panggilan Ujian MEdSI

    Link Semakan Panggilan Temuduga Program Pendidikan Dan Bukan Pendidikan

    Link Semakan Keputusan UPU :

    *Tertakluk pada sebarang pindaan oleh UPU

    https://upu.mohe.gov.my/

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut tentang sistem, permohonan dan rayuan UPU Online 2024 / 2025, sila hubungi saluran berikut:

    permohonan upu 2024 upuonline

    Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat penting tentang UPU online 2024/2025, sila muat turun Aplikasi Pintar UPU Pocket.

    UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai maklumat berikut:

    • Semakan Status UPU
      • Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.
    • e-Panduan
      • e-Panduan menyediakan syarat kemasukan ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi,  Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
    • Kalendar Akademik (Takwim)
      • Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline
    • Aduan
      • Maklumbalas berkaitan permohonan UPUonline. Pengguna boleh memberi maklumbalas (aduan/pertanyaan/cadangan) berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak BKPA.

    Anda juga boleh mengemukakan maklumbalas melibatkan pertanyaan, aduan, cadangan dan penghargaan menerusi borang maklumbalas di SINI.

    Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi kami melalui:-

    About admin