site stats Kepala Air : Punca, Tanda, Kesan dan Bahaya – Eze To Movem

Kepala Air : Punca, Tanda, Kesan dan Bahaya

Dalam keterujaan berekreasi dan bermandi-manda di sungai atau air terjun, anda juga perlu peka terhadap perubahan persekitaran yang boleh mengancam keselamatan.

Kepala air merupakan fenomena yang mendapat perhatian orang ramai sejak akhir-akhir ini. Ia berlaku apabila terdapat limpahan air deras di kawasan sungai secara tiba-tiba.

Ini seterusnya mengakibatkan paras air meningkat dengan mendadak iaitu sehingga 2 meter dalam masa 5 hingga 10 minit.

kepala air
Sumber : Astro Awani

Punca

Kejadian kepala air berlaku apabila tanah yang lemah mendapat beban atau diganggu dan tepu dengan air, mengalir ke cerun sebagai tindak balas graviti apabila hujan lebat.

Kebiasaannya, aliran puing atau debris flow bermula dari hulu di kawasan pergunungan, mempunyai halaju yang tinggi iaitu 14 hingga 15 meter sesaat khususnya.

Fenomena ini juga boleh menjadi bertambah buruk apabila hujan turun dengan lebat.

Sumber : Harian Metro

Tanda-Tanda

Antara petanda yang boleh dikenalpasti akan berlakunya kepala air adalah :

  • Bunyi deruan kuat di atas puncak bukit atau gunung
  • Aliran air tenang bertukar deras
  • Warna air terjun atau air sungai secara tiba-tiba bertukar keruh secara mendadak
  • Ranting kayu dan daun berselerak mengikut aliran air.
  • Bunyi letupan yang kuat akibat akar pokok tidak stabil atau tanah pecah.

Kesan dan Bahaya Kepala Air

kepala air

Fenomena kepala air tidak boleh diambil ringan kerana ia boleh menyebabkan kemalangan sehingga berisiko kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda.

Dalam masa 5 hingga 10 minit, kepala air boleh membuatkan paras sungai meningkat sehingga satu ke dua meter, air daripada dua meter sesaat boleh naik sehingga 10 meter sesaat.

Keadaan juga boleh menjadi lebih buruk sekiranya kawasan terbabit terdapat air bawah tanah serta terdapat runtuhan tanah di hulu sungai.

Oleh itu, orang ramai sebaiknya tidak menunggu dan segera naik ke kawasan selamat yang jauh dari aliran sungai.

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, anda juga dinasihati untuk tidak mengunjungi kawasan rekreasi seperti bukit, sungai dan pantai bagi mengelakkan kejadian ini berlaku.

Pada masa yang sama, orang ramai turut digalakkan untuk memeriksa ramalan cuaca sebelum merancang kunjungan ke kawasan ekopelancongan.

Sumber : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Harian Metro, Berita Harian, Kosmo!

Baca Juga : Semakan Info Banjir Terkini & Amaran Di Malaysia

About admin