Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada sesuatu benda, tempat, atau individu secara umum dan tidak khusus kepada sesuatu nama tertentu.
Dalam bahasa Melayu, kata nama am digunakan dalam percakapan dan penulisan untuk merujuk kepada objek atau konsep yang bersifat umum dan merupakan tunjang dalam pembinaan ayat yang ringkas dan jelas.
Tanpanya am, ayat-ayat yang kita bina akan kehilangan maknanya kerana kita tidak dapat menamakan perkara-perkara di sekeliling kita secara umum.
Apa Itu Kata Nama Am?
Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada benda hidup dan bukan hidup secara umum.
Ia tidak merujuk kepada nama khas atau unik sesuatu. Dalam penulisan, ianya ditulis dengan huruf kecil, kecuali apabila berada di awal ayat.
Contoh:
- bandar
- buku
- pelajar
- kereta
- guru
Dengan mengenal pasti dan menggunakan kata nama am dengan betul, kita dapat membina ayat yang lebih tepat, jelas, dan berkesan.
Jenis Kata Nama Am & Contoh Ayat

Kata nama am boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan ciri-cirinya. Pengelasan ini membantu kita memahami penggunaan dan konteteks penggunaan dengan lebih baik.
1. Kata Nama Am Konkrit
Merujuk kepada benda atau sesuatu yang boleh dilihat, disentuh, didengar, dihidu, atau dirasa. Ringkasnya, ia mempunyai kewujudan fizikal.
- Contoh: meja, buku, rumah, kereta, pokok, sungai, gunung, air, makanan, komputer, telefon, udara, pasir.
Contoh ayat:
- Meja di dalam bilik itu diperbuat daripada kayu jati.
- Dia meletakkan buku itu di atas rak yang berdekatan dengan tingkap.
- Kanak-kanak itu sedang bermain bola di padang yang luas.
- Rumah banglo yang besar itu mempunyai kolam renang di belakangnya.
- Keretamerah itu diparkir di hadapan bangunan pejabat.
2. Kata Nama Am Abstrak
Kata nama am abstrak merujuk kepada konsep, idea, perasaan, atau sifat yang tidak mempunyai kewujudan fizikal. Kita tidak boleh menyentuh atau melihatnya secara langsung, tetapi kita boleh merasakannya atau memikirkannya.
- Contoh: kebahagiaan, kesedihan, keberanian, keadilan, kebebasan, kemerdekaan, masa, cinta, impian, pengetahuan, kepercayaan.
Contoh ayat:
- Kebahagiaan sejati tidak dapat diukur dengan wang ringgit.
- Keberanian askar itu patut menjadi contoh kepada generasi muda.
- Keadilan adalah prinsip utama dalam sistem perundangan negara.
- Pengetahuan adalah kunci untuk membuka pintukejayaan.
- Dia mempunyai impian yang besar untuk membangunkan kampung halamannya.
3. Kata Nama Am Hidup
Jenis ini merujuk kepada semua benda hidup, sama ada manusia, haiwan, atau tumbuh-tumbuhan.
- Contoh (Manusia): guru, pelajar, ibu, bapa, doktor, jururawat, kawan, budak, peniaga.
- Contoh (Bukan Manusia/Haiwan & Tumbuh-tumbuhan): kucing, anjing, burung, ikan, lembu, pokok, bunga, rumput.
Contoh ayat:
- Doktor itu sedang merawat pesakit di hospital.
- Pelajar di kelas 5 Amanah sangat rajin belajar.
- Seorang polis berdiri di tepi jalan untuk mengawal lalu lintas.
- Kucing peliharaan nenek suka tidur di atas sofa.
- Ayam jantan itu berkokok setiap pagi.
4. Kata Nama Am Tak Hidup
Jenis ini merujuk kepada semua benda yang tidak hidup. Ini adalah kategori yang sangat luas dan merangkumi hampir semua objek dan benda di sekeliling kita yang bukan hidupan.
- Contoh: bangunan, jalan, bandar, kampung, laut, langit, batu, tanah, kerusi, pen, pensel.
Contoh ayat:
- Adik menyimpan pensel dalam kotak alat tulis.
- Kami bermain bola sepak di padang sekolah.
- Meja itu diperbuat daripada kayu jati.
- Mereka melawat muzium semasa cuti sekolah.
- Rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan setiap bulan Ogos.
Contoh latihan
Kefahaman yang mantap mengenai jenis, ciri dan penggunaan kata nama am membolehkan seseorang menulis dan bertutur dengan lebih tepat dan lancar.
Dengan latihan yang konsisten, pelajar akan dapat mengenali dan menggunakannya secara efektif dalam pelbagai situasi.
Nota ringkas



Kredit: BMPG