free hit counter Kamera AwAS: Senarai Lokasi Speed Trap JPJ Terkini 2025 – My Blog

Kamera AwAS: Senarai Lokasi Speed Trap JPJ Terkini 2025

Kamera AwAS: Senarai Lokasi Kamera Speed Trap JPJ & Fungsinya

LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA–SELATAN (PLUS)

Pemandu yang menggunakan Lebuhraya PLUS, ambil perhatian! Kamera AwAS (Automated Awareness Safety System) dipasang di beberapa lokasi strategik bagi mengesan dan merakam kesalahan lalu lintas secara automatik — termasuk had laju dan pelanggaran lampu isyarat.

Kamera AwAS berfungsi dengan alat pengesan khas serta kamera (gambar dan video) bagi memastikan pematuhan undang-undang lalu lintas.

Pandulah dengan berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Setiap pemandu memainkan peranan dalam menjaga keselamatan bersama. Hargai nyawa, hormati pengguna jalan yang lain, dan jadikan perjalanan anda lebih selamat dan bermakna.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan tentang kamera AwAS dan lokasinya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Pengenalan Kamera AwAS

Kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) merupakan penjenamaan semula yang menggabungkan Automated Enforcement System (AES) dan Sistem Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

AwAS ialah satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

Kamera AwAS yang baru ini dibekalkan oleh syarikat Ekin dan telah memenangi Anugerah Inovasi Jerman 2022.

Berbeza dengan kamera AES yang lama, kamera ini dilengkapi dengan kemampuan pengawasan 360 darjah.

Ini bermakna ia boleh memantau kenderaan dari semua arah, memberikan pengawasan yang lebih menyeluruh.

Sistem kamera baru ini juga menggunakan teknologi terkini yang menggunakan teknologi Automated Number Plate Recognition (ANPR) bagi memastikan kamera ini beroperasi dengan lebih baik.

Selain penguatkuasaan had laju, kamera ini juga mempunyai fungsi tambahan seperti penguatkuasaan lampu isyarat dan pengesanan pusingan U yang tidak sah.

Ini menjadikannya alat yang lebih serba boleh dalam memastikan pemanduan yang selamat dan berdisiplin.

Ia malah boleh memaklumkan sistem pusat jika berlaku perubahan luar biasa seperti peningkatan suhu dan kelembapan

Salah satu ciri yang paling menarik tentang kamera ini adalah reka bentuknya yang menyamar seperti tiang hitam biasa.

Ini menjadikannya sukar untuk dikenali sebagai kamera pengawasan, sekaligus mengurangkan kemungkinan pemandu cuba mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

kamera awas lokasi speed trap jpj

Tarikh Penguatkuasaan Kamera AwAS di Malaysia

Penggunaan Kamera AwAS dijadual akan dimulakan pada 1 Jun 2025, namun menurut laporan berita dari NST bertarikh 2 Jun 2025, ujian rintis untuk sistem pemantau kelajuan dari satu titik ke satu titik yang lain (point-to-point) di bawah sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) belum lagi dimulakan.

Apabila ia mula dikuatkuasakan, bermaksud nanti bukan sekadar speed trap biasa, tapi sekarang sistem akan rekod kelajuan purata anda dari satu tol ke satu tol yang lain!

Contoh:

  • Masuk Tol A jam 1:00 PM dan keluar Tol B jam 1:30 PM, sedangkan jarak sepatutnya ambil masa 45 minit jika ikut had laju. Maka sistem anggap anda telah memandu melebihi 110 km/j secara purata.
  • Point-to-Point Speed Enforcement kini aktif – Bukan kamera depan je, tapi masa perjalanan pun jadi bukti!

Jadi, sila patuhi had laju yang ditetapkan!

Lokasi Kamera AwAS Terkini

LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA-SELATAN (PLUS)

ARAH UTARA

  • KM 1 Johor Bahru
  • KM 151.4 Pagoh
  • KM 184.2 Jasin
  • KM 214.4 Alor Gajah
  • KM 301.6 Kajang
  • KM 328.8 Behrang
  • KM 204.6 Taiping
  • KM 299.9 Kampar
  • KM 375.9 Slim River
  • KM 174 Bandar Baharu
  • KM 97.2 Kuala Muda

ARAH SELATAN

  • KM 1 Johor Bahru
  • KM 146.8 Pagoh
  • KM 185 Bemban
  • KM 214.4 Alor Gajah
  • KM 328.8 Behrang
  • KM 166 Seberang Perai Selatan
  • KM 96.3 Kuala Muda
lokasi kamera awas
Sumber: Kementerian Kerja Raya Malaysia

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah mengeluarkan secara rasmi senarai lokasi kamera AwAS yang boleh dilihat daripada lampiran dibawah:

lokasi kamera jpj speed trap
lokasi kamera jpj speed trap
Sumber: Laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Maklumat Lanjut

Pada Jun tahun lepas, kerajaan Malaysia menyatakan hasratnya untuk memasang lebih banyak kamera kerana ia didapati sangat berkesan, dengan lebih 99% pematuhan direkodkan, menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Senarai di atas mungkin berubah dan dikemaskini oleh pihak JPJ daripada semasa ke semasa.

Untuk senarai terbaru, sila rujuk laman web rasmi JPJ di pautan https://www.jpj.gov.my/home/

About admin