site stats e-Pengambilan PDRM: Permohonan, Semakan Ujian & Keputusan – Eze To Movem

e-Pengambilan PDRM: Permohonan, Semakan Ujian & Keputusan

e-PENGAMBILAN PDRM : Iklan jawatan kosong terkini PDRM bagi jawatan Inspektor Polis Gred Y7 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2025.

Untuk makluman sahabat-sahabat semua, sekiranya anak-anak / saudara-mara / rakan-rakan / kenalan rapat, mungkin ramai yang berminat untuk menyertai pasukan Polis, tetapi tak tahu bagaimana cara membuat permohonan jawatan di PDRM.

Permohonan jawatan biasanya boleh dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang terkini yang telah disediakan oleh pihak PDRM iaitu E-Pengambilan PDRM pada tarikh yang ditawarkan jawatan.

Bagi pengguna pertama kali membuat permohonan melalui laman sesawang E-Pengambilan PDRM anda hendaklah mendaftar sebagai pengguna baru dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

Sila pastikan alamat email anda berfungsi dengan baik bagi memastikan tidak berlaku sebarang masalah.

Baca juga: mySikap JPJ: Panduan Pendaftaran Online & Login Kali Pertama

e-Pengambilan PDRM: Permohonan Terkini Jawatan Inspektor Polis 2025

Inspektor Polis Gred Y7

PENGUMUMAN :

Permohonan Terkini Jawatan Inspektor Polis 2025 bagi jawatan Jawatan Inspektor Polis Gred Y7 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2025.

Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan pada tarikh seperti berikut :

  • 21 Mei 2025 hingga 05 Jun 2025

Semak Status Permohonan Melalui e-Pengambilan PDRM

Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan.

  1. Pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx
  2. Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
  3. Status Pengambilan akan dipaparkan.
  4. Sila cetak surat panggilan tersebut.

DOWNLOAD BORANG TAPISAN

Cara mendapatkan borang tapisan anda dari sistem e- Pengambilan PDRM

  • Log in > klik Semak Status Permohonan > klik Semak > klik pada download Borang

Rujuk gambar yang tertera di bawah:

Login / Pendaftaran e-Pengambilan PDRM

ePengambilan PDRM ialah sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik.

Melalui laman web ini juga, pemohon boleh membuat semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.

pengambilan polis 2023 e-pengambilan pdrm

Proses pengambilan polis PDRM akan dibuka pada SETIAP TAHUN.

Pemohon yang berkelayakan boleh membuat semakan di laman web ePengambilan PDRM.

Rujuk penerangan lanjut dan cara pendaftaran di bawah:

Berikut dikongsikan cara login, semakan status dan membuat pendaftaran online bagi jawatan Polis menerusi laman web  https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.

  1. Klik pada butang untuk membuat pendaftaran.
  2. Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.
  3. Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
  4. Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.
  5. Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].
  6. Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].
e-pengambilan pdrm
e-pengambilan pdrm polis 2023

Cara Permohonan Jawatan Polis Melalui e-Pengambilan PDRM

Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:

  1. Masukan ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’;
  2. Klik butang ‘Log Masuk’;
  3. Klik pada menu Permohonan Polis > Permohanan Baru
  4. Klik butang ‘Maklumat Peribadi’ untuk kemaskini maklumat diri, keluarga, akademik & ko-kurikulum.
  5. Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan. Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  6. Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
  7. Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
  8. Klik butang ‘Hantar Borang’.
  9. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.

Bagi yang pernah membuat permohonan, berikut dikongsikan cara membuat semakan status.

Cara Semakan Status Permohonan

Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan klik di ‘Semak Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan klik di ‘Semak Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

  1. Pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx
  2. klik pada menu Semak Status Permohonan.
  3. Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
  4. Status Pengambilan akan dipaparkan.
  5. Sila cetak surat panggilan tersebut.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.

Iklan Jawatan Kosong Polis

Jika terdapat kekosongan jawatan ditawarkan, anda boleh membuat semakan pada tab “Iklan” dalam portal

Rujuk cara melihat senarai jawatan yang dibuka untuk permohonan dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Klik pada tab Iklan untuk melihat senarai jawatan yang dibuka untuk permohonan
  2. Klik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak syarat-syarat kelayakan memohon.
  3. Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.
  4. Klik pada ikon tersebut untuk keterangan.
e-pengambilan pdrm

Log Masuk e-Pengambilan PDRM & Cara Mengisi Borang

  1. Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan Klik pada butang Log
    Masuk.
  2. Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan * adalah input wajib. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  3. Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  4. Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  5. Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai cara penggunaan portal e-Pengambilan PDRM, sila rujuk dokumen Manual Pengguna di https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Help.aspx

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668347/ 8348/ 8350 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM. 

Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

About admin