site stats DMA Islam – Biodata, Kerjaya & Isu Persenda Pelajar Masscomm – Eze To Movem

DMA Islam – Biodata, Kerjaya & Isu Persenda Pelajar Masscomm

Baru-baru ini, nama DMA Islam kembali hangat apabila beliau tampil dengan video kontroversi yang memperlekeh pelajar jurusan Mass Communication (Masscomm) dan Teater.

Kenyataan beliau telah mengundang reaksi negatif daripada pensyarah, alumni universiti, artis dan masyarakat umum yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak beradab dan merendahkan ilmu serta profesion orang lain.

Artikel pada kali ini,  kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu penuh kontroversi, DMA Islam.

Baca juga: Mahadi BZ – Biodata, Kerjaya & Isu Scammer

Latar Belakang

DMA Islam
Nama Danial Mirza
Nama Panggilan DMA Islam
Pekerjaan Influencer Media Sosial
Akaun Media Sosial Instagram @dma_islam
TikTok @dma_islam

Kerjaya & Profesional

DMA Islam adalah seorang pempengaruh media sosial yang aktif di laman TikTok dan Instagram di bawah akaun @dma_islam.

Beliau suka berkongsi video tentang ulasan isu semasa, dan konten provokatif atau satira. Sehingga hari ini, beliau memiliki pengikut seramai 26,100 orang di Instagram dan 195,000 orang di TikTok.

Kredit: YouCast Iqbal
Kredit: Azri Walter
Kredit: Azri Walter
DMA Islam

Baca juga: Heliza Helmi – Biodata, Kerjaya & Fakta Menarik

DMA Islam Perlekeh Lulusan Masscomm?

Baru-baru ini tular satu video kontroversi melibatkan seorang influencer DMA Islam, apabila beliau secara terbuka memperlekeh pelajar dalam jurusan Mass Communication (Masscomm) dan Teater.

Dalam video tersebut, influencer terbabit menyindir bahawa pelajar Masscomm dan Teater hanya ingin “enjoy” dan melabelkan jurusan tersebut sebagai “course bodoh”, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai pihak.

Kenyataan itu dianggap sebagai tidak sensitif dan menghina ribuan pelajar serta alumni yang telah menyumbang dalam bidang penyiaran, kewartawanan dan seni di negara ini.

Respon Pensyarah

Bahkan, beberapa pensyarah universiti awam seperti UiTM tampil menyelar kenyataan tersebut dan menyifatkan pelajar DMA Islam tersebut sebagai tidak memiliki kefahaman yang jelas tentang luasnya bidang komunikasi dan media, malah ada yang menyifatkannya sebagai “tidak ada knowledge”.

@kool101my

Setiap jurusan ada tujuan dan peranannya, tapi kenapa masih ada yang pandang rendah? Dalam hidup ni, apa pun kita buat, tetap perlukan ilmu. Kalau tak ada, memang senang sangat nak ketinggalan. Macam Sir Najmi katakan, bila kurang pengetahuan, mulalah pandang rendah dan tak fikir panjang pada bidang orang lain. Jadi,kita kena hargai setiap jurusan yang ada sebab semua ada kepentingan dan peranannya dalam kehidupan 🙌🏻 #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPoint

♬ original sound – Kool 101 – Kool 101

Komen Selebriti & Netizen

Dalam masa yang sama, ramai artis dan penggiat seni tanah air turut tampil mempertahankan bidang teater dan komunikasi massa.

Mereka menegaskan bahawa bidang tersebut bukan sekadar tempat untuk “berseronok”, sebaliknya menjadi medium penting dalam membentuk budaya, menyampaikan maklumat, dan menyuarakan isu masyarakat.

Tindakan memperlekeh ini juga dilihat bercanggah dengan nilai dan prinsip yang menggalakkan saling menghormati dan menjunjung ilmu dalam pelbagai cabang.

Fakta Menarik Mengenai DMA Islam

  • DMA Islam sangat dikenali dengan gaya tangan “The Steeple” iaitu gaya yang digunakan oleh orang yang berpangkat besar dalam sesebuah syarikat atau badan berautoriti bagi mempamerkan keyakinan diri.
  • Beliau gemar memakain pakaian dan jam tangan yang bertemakan pink serta watak Hello Kitty.

Isu melibatkan DMA Islam menjadi bukti bagaimana pengaruh media sosial boleh mencetuskan perdebatan besar apabila tidak disertai dengan sensitiviti dan adab dalam menyampaikan pandangan.

Walaupun beliau aktif berkongsi pandangan isu semasa, namun penyampaian yang bersifat memperlekeh serta merendahkan bidang pengajian orang lain telah mencetuskan kecaman luas.

Perbezaan bidang ilmu seharusnya diraikan, bukan dijadikan bahan ejekan atau penilaian dangkal. Sebagai pempengaruh yang membawa imej Islam, beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjaga akhlak, adab, dan hikmah dalam berdakwah agar tidak mencemarkan nama baik dakwah itu sendiri.

Semoga isu ini menjadi pengajaran buat semua, bahawa ilmu, adab dan empati harus seiring dalam menyampaikan kebenaran, khususnya di platform terbuka seperti media sosial.

Sumber:

  1. Instagram @dma_islam
  2. TikTok @dma_islam

About admin