Coklat Dubai, Sedap ke? – Jenama, Harga & Keistimewaan
Bagi peminat coklat, mesti selalu teruja nak cuba sesuatu yang baru dan luar biasa, kan?
Lagi-lagi kalau coklat tu tengah viral di media sosial. Memang terliur-liur tengok orang lain buat review. Salah satu coklat viral yang tengah jadi bualan sekarang ialah Coklat Dubai.
Coklat Dubai ni bukan sekadar sedap tapi packagingnya cantik, rasanya pun luar biasa. Tak hairanlah kenapa ramai sanggup borong bila travel ke UAE. Sekarang ni semakin ramai seller jual online kat Malaysia sebab permintaan memang tinggi.
Kalau anda tertanya-tanya apa sebenarnya Coklat Dubai ni, kenapa semua orang sibuk nak cuba, berapa harga dia, dan kat mana boleh beli, jom baca artikel ini sampai habis. Kita bongkar semua pasal coklat viral ni!
BACA JUGA: 30+ Makanan Popular Di Malaysia – Wajib Cuba!
Apa itu Coklat Dubai?
Coklat Dubai ni bukan jenama coklat tertentu. Tetapi merujuk kepada coklat yang datang dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), terutamanya dari Dubai.
Coklat ini menjadi viral di beberapa negara termasuk Malaysia kerana keunikan rasa serta teksturnya yang luar biasa.
Coklat Dubai juga terkenal sebagai produk eksklusif yang sukar didapati. Biasanya akan habis terjual dalam beberapa minit selepas mula dijual setiap hari. Memang laku keras!

Populariti coklat ini melonjak selepas menjadi viral di media sosial terutamanya di TikTok sehingga ramai yang sanggup beratur panjang atau menempah dari luar negara untuk merasainya.
Secara ringkas, Coklat Dubai ialah coklat mewah yang menggabungkan coklat susu, pistachio, kunafeh, atau tahini.
Yang buat coklat ni unik adalah gaya pembuatannya yang nampak eksklusif dan ‘handcrafted’. Banyak juga coklat Dubai datang dalam bentuk ‘luxury gift box’ atau bungkusan cantik yang sesuai dijadikan hadiah.
Keistimewaan
Salah satu sebab kenapa Coklat Dubai jadi kegilaan ramai adalah kombinasi rasa yang jarang kita jumpa pada coklat biasa.
Bayangkan coklat dengan gabungan rasa lapisan coklat susu, isi pistachio yang manis-lemak, kunafa di tengah-tengah dan kadang-kadang ada perisa tambahan macam saffron atau badam Arab. Selain itu, coklat ini juga sangat menarik dari segi visual.
Satu lagi kelebihan coklat ini, packaging dia memang on point! Kotak elegan, rekaan moden dan sesuai sangat untuk dijadikan hadiah mewah untuk orang tersayang atau diri sendiri.
Dan paling penting, semua coklat Dubai dihasilkan mengikut piawaian halal. Jadi memang tak ragu-ragu kalau nak beli.
Kenapa Coklat Dubai Popular?
Coklat Dubai ini mula viral di media sosial terutama TikTok dan Instagram. Ramai influencer dan traveller berkongsi video unboxing, makan coklat ini sambil tunjukkan tekstur dalamannya yang meleleh dan menggiurkan. Daripada situ, ramai yang mula cari dan ‘terjebak’ untuk merasai coklat mewah ini.

Selain tu, Dubai sendiri terkenal sebagai destinasi percutian yang mewah. Jadi, bila ada coklat yang berasal dari sana, secara automatik orang kaitkan dengan kemewahan dan kualiti tinggi. Kombinasi rasa + visual + faktor “viral” buatkan coklat ni jadi rebutan.
Tambahan pula, bila masuk musim perayaan macam Ramadan, Aidilfitri atau Krismas, permintaan coklat mewah macam ni memang meningkat sebab ramai suka hadiahkan coklat sebagai buah tangan.
Contoh Jenama
Walaupun orang panggil semua coklat dari UAE sebagai ‘Coklat Dubai’, ada beberapa jenama terkenal yang sering disebut dan jadi pilihan utama pembeli:
- Vlinder Chocolate
- Delice Gourmet
- Mirzam Chocolate Makers
- Symphony Chocolates
- Fix Dessert Chocolatier
- Läderach & Lindt
- BLaban
- elit
- Bolci





Cocoraw Chocolates, ChocoLoco Caffe, The Bakestry, Osha and Terra Cafe: Ini adalah contoh pengeluar tempatan di Malaysia yang menghasilkan versi “Coklat Dubai” mengikut trend viral walaupun bukan jenama asal UAE.
NOTA: Jika anda ingin membeli coklat ini secara online, pastikan anda menyemak nama jenama, bahan dan asal produk untuk mengelakkan pembelian produk tiruan atau yang tidak asli. Jenama-jenama di atas adalah antara yang paling dipercayai dan sering disebut dalam kalangan peminat coklat premium Dubai.
Harga
Harga coklat ini bergantung pada jenis, jenama dan kuantiti. Tapi secara umum, harga dia memang sedikit mahal berbanding coklat biasa.
Sebagai contoh, satu bar Fix Dessert Chocolatier dijual sekitar £15 (~RM90) di UAE, manakala kotak dengan enam varian boleh mencecah AED 385 (~RM480).
Tempat Nak Beli
Sekarang ni, nak dapatkan coklat ini di Malaysia dah tak susah macam dulu. Berikut antara tempat yang korang boleh dapatkan coklat ni:
- Shopee & Lazada – Banyak seller tempatan bawa masuk stok dari UAE. Cari dengan kata kunci “Coklat Dubai Malaysia” atau nama jenama terus.
- TikTok Shop – Ramai seller viral buat live dan review produk. Kadang-kadang ada harga promosi dan free gift.
- Instagram Seller – Ada juga seller kecil-kecilan yang ambil stok terus dari Dubai dan jual secara preorder.
- Kedai Produk Timur Tengah / Arab – Sesetengah pasar raya besar atau kedai Arab ada jual, terutama waktu Ramadan.
- Beli Terus Dari UAE – Kalau korang atau kenalan pergi Dubai, bolehlah beli terus dari kedai coklat terkenal kat sana macam Patchi, Al Nassma atau Vivel.
Jangan lupa cuba tau!