Baucar Buku MADANI 2025 kini boleh disemak dan ditebus oleh golongan yang layak, termasuk lebih 400,000 guru di seluruh negara.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI untuk menggalakkan budaya membaca serta menyokong keperluan pendidikan rakyat.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang baucar buku yang diumumkan.
Baca juga: Pas MyTourist: Jenis Pas & Diskaun Yang Ditawark
Pengenalan Baucar Buku Kerajaan MADANI 2025
Baucar Buku Kerajaan MADANI 2025 merupakan inisiatif terbaharu kerajaan yang bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, program ini telah diperluaskan bukan sahaja kepada pelajar institusi pengajian tinggi, malah melibatkan lebih 400,000 guru di seluruh negara.
Langkah ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh akses kepada ilmu pengetahuan, memperkasa pendidikan, serta menghargai peranan penting golongan pendidik dalam memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda.
Baucar ini boleh digunakan untuk membeli bahan bacaan seperti buku ilmiah, novel, majalah pendidikan dan lain-lain keperluan pembelajaran di kedai buku terpilih.
Ia juga merupakan kesinambungan kepada usaha kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang cintakan ilmu dan berdaya saing dalam bidang pendidikan dan literasi.
Baucar Buku Guru 2025

Pada tahun 2025, kerajaan melalui inisiatif Baucar Buku MADANI telah meluaskan pemberian baucar buku kepada lebih 400,000 orang guru di seluruh negara.
Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa Majlis Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Menurut Perdana Menteri, pemberian baucar buku ini adalah langkah berterusan Kerajaan MADANI untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya pelajar sekolah dan universiti.
Golongan guru dipilih kerana mereka memikul tanggungjawab besar dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dan memainkan peranan penting dalam memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar.
Beliau turut menyatakan bahawa, “Tahun ini kita bagi baucar kepada semua guru. Tahun depan kita tengok dulu keadaan ekonomi sebab kita sedang bertarung dengan tarif Amerika Syarikat,” sebagai respon terhadap komitmen jangka panjang kerajaan dalam program seumpama ini, bergantung kepada kedudukan ekonomi semasa negara.
Pemberian Baucar Buku Guru 2025 ini jelas menunjukkan penghargaan kerajaan terhadap jasa para pendidik dan usaha berterusan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berilmu dan cintakan budaya membaca.
Cara Semakan & Penebusan Baucar Buku Guru 2025
Kementerian Pendidikan (KPM) akan segera memperincikan inisiatif pemberian baucar buku kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) agar dapat melaksanakannya dalam tempoh masa terdekat.
Cara semakan dan penebusan baucar buku ini akan dimaklumkan dalam artikel ini dari semasa ke semasa selepas berita sahih dimaklumkan oleh pihak Kementerian.
Baca juga: Baucar Buku Madani Untuk Guru 2025 – Semakan & Penebusan
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Baucar Buku Guru ini, sila ikuti laman web rasmi / Facebook PBAKL , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kewangan.