free hit counter Awas! Panas Melampau Boleh Membunuh – Ambil Tahu Sebelum Terlambat – My Blog

Awas! Panas Melampau Boleh Membunuh – Ambil Tahu Sebelum Terlambat

Cuaca panas melampau bukan lagi sesuatu yang luar biasa di Malaysia, ia kini menjadi ancaman sebenar kepada kesihatan dan keselamatan harian kita.

Dengan suhu yang mencecah sehingga 37°C atau lebih, ditambah pula dengan kelembapan tinggi, risiko untuk mengalami strok haba, keletihan akibat panas dan dehidrasi semakin meningkat.

Apa yang lebih membimbangkan, ramai yang masih memadang ringan kesan cuaca ekstrem ini.

Artikel ini akan menerangkan kepada anda tentang bahaya sebenar panas melampau, siapa yang paling berisiko, serta langkah pencegahan yang wajib anda tahu sebelum terlambat.

Panas Melampau di Malaysia

Malaysia kini berdepan dengan cuaca panas melampau yang semakin membimbangkan terutamanya semasa musin Monsun Barat Daya yang berlaku antara Mei hingga September.

Fenomena ini bukan sahaja membawa cuaca kering, malah turut meningkatkan suhu dan kelembapan secara ketara, memberi kesan kepada kesihatan awam dan kesejahteraan rakyat.

Menurut pakar cuaca, pemanasan global memainkan peranan utama dalam menjadikan cuaca di Malaysia semakin panas dan lembap. Malah, data menunjukkan suku pertama tahun 2025 merupakan tahun kedua terpanas dalam sejarah.

Kajian daripada APEC Climate Center juga menunjukkan suhu udara di rantau Indo-Pasifik kini 80% lebih tinggi daripada purata biasa, sementara suhu permukaan laut (SST) yang tinggi turut menyumbang kepada peningkatan kelembapan dan wet-bulb temperature (WBT).

Kesan Cuaca Panas Melampau

Satu kajian oleh penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia turut meramalkan bahawa kawasan bandar bakal menjadi ‘hotspot’ baharu untuk stres haba.

Ini kerana peningkatan suhu di Semenanjung Malaysia telah melebihi purata global, sekali gus mendorong peningkatan suhu WBT di kawasan berpenduduk padat seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Baca juga: Demam Panas: Gejala, Punca & Tips Turunkan Suhu Badan

Beza Heat Exhaustion dan Heat Stroke

Perkara Heat Exhaustion (Keletihan Akibat Panas) Heat Stroke (Strok Haba)
Punca Terlalu lama terdedah kepada suhu panas dan kehilangan air Suhu badan meningkat secara drastik dan sistem gagal sejukkan diri
Suhu Badan < 40°C (kurang dari 104°F) ≥ 40°C (104°F atau lebih)
Peluh Berpeluh banyak Kulit panas dan kering (kadang kala tidak berpeluh)
Simptom Letih, pening, loya, sakit kepala, kulit sejuk dan lembap Keliru, sawan, tidak sedarkan diri, sukar berjalan/bercakap
Tindakan Awal Rehat, pindah ke tempat sejuk, minum air Hubungi ambulans segera, sejukkan badan segera
Risiko Boleh dikawal jika dirawat awal Kecemasan perubatan – boleh menyebabkan kematian jika lewat dirawat
Kadar Nadi Laju tetapi lemah Laju dan kuat
Pernafasan Cepat dan cetek Boleh jadi sangat laju atau tidak sekata

Nota Penting

  • Heat stroke adalah kecemasan perubatan dan memerlukan rawatan segera. Jika tidak dirawat dengan cepat, ia boleh menyebabkan kerosakan organ kekal atau kematian.

Baca juga: Strok Haba : Tanda, Gejala, Kesan & Cara Pencegahan – KKM

Panduan Bagi Pesakit Ketika Cuaca Panas Melampau

panas melampau

panas melampau

Baca juga: Doa Demam Panas – Doa Amalan Apabila Sakit

Tips Kekal Sihat Ketika Cuaca Panas

Menurut World Health Organization, terdapat beberapa cara yang efektif boleh orang ramai lakukan untuk kekal sihat sepanjang musim panas melampau.

Berikut adalah tips berkesan untuk diamalkan:

1. Elakkan Daripada Terkena Panas Secara Terus

  • Kurangkan keluar rumah atau melakukan aktiviti berat ketika waktu paling panas.
  • Cari tempat yang teduh. Ingat, suhu di bawah matahari boleh jadi 10–15°C lebih panas.
  • Luangkan 2–3 jam sehari di tempat yang sejuk seperti pusat membeli-belah, perpustakaan atau ruang berhawa dingin.
  • Berhati-hati jika ingin berenang, jangan berenang seorang diri.
  • Sentiasa peka dan ikuti makluman rasmi tentang amaran panas melampau.

2. Pastikan Rumah Kekal Sejuk

  • Gunakan udara malam untuk sejukkan rumah. Buka tingkap selepas waktu malam bila suhu luar lebih rendah dari dalam rumah.
  • Pada waktu siang, bila suhu luar lebih tinggi, tutup tingkap dan guna langsir gelap atau bidai untuk halang cahaya matahari terus.
  • Tutup semua peralatan elektrik yang tidak digunakan, ini bantu kurangkan haba.
  • Guna kipas elektrik hanya jika suhu bawah 40°C. Jika melebihi 40°C, kipas boleh menyebabkan badan semakin panas.
  • Jika guna penghawa dingin, tetapkan suhu kepada 27°C dan guna kipas elektrik sekali. Ia boleh buat bilik rasa 4°C lebih sejuk dan jimat sehingga 70% bil elektrik untuk penyejukan.
  • Kadangkala tempat teduh di luar rumah lebih sejuk berbanding dalam rumah.

3. Kekalkan Suhu Badan Sejuk & Hidrasi

  • Pakai pakaian dan cadar yang ringan serta longgar.
  • Mandi air sejuk atau lap badan dengan kain basah.
  • Sembur atau sapu air pada kulit, atau basahkan pakaian nipis.
  • Minum air secara kerap (1 cawan setiap jam atau sekurang-kurangnya 2–3 liter sehari).
  • Selalu periksa keadaan orang yang berisiko seperti warga emas, pesakit jantung, paru-paru atau buah pinggang, OKU dan mereka yang tinggal bersendirian.

4. Lindungi Bayi & Kanak-Kanak

  • Jangan sekali-kali tinggalkan anak atau haiwan peliharaan dalam kenderaan walaupun sekejap – suhu boleh meningkat dengan cepat dan berbahaya.
  • Elakkan pendedahan terus kepada cahaya matahari semasa waktu puncak. Duduk di tempat teduh atau dalam rumah.
  • Jangan tutup stroller bayi dengan kain kering kerana ia boleh menambah panas. Gunakan kain nipis yang basah dan basahkan semula bila perlu. Tambah kipas mudah alih untuk kesan penyejukan lebih baik.
  • Pakaikan anak dengan pakaian longgar dan ringan yang menutup kulit, serta topi bertepi lebar, cermin mata gelap dan krim pelindung matahari untuk lindungi mereka dari sinaran UV.
  • Ikuti panduan menyejukkan rumah bagi memastikan suhu di dalam rumah selamat untuk kanak-kanak.

Bila Perlu Jumpa Doktor

Jika simptom keletihan akibat panas tidak hilang selepas berehat dan minum air selama satu jam, dapatkan rawatan perubatan segera.

Segera minta bantuan jika seseorang yang mengalami tanda-tanda keletihan panas:

  • Tidak boleh minum atau tidak dapat mengekalkan cecair dalam badan
  • Suhu badan melebihi 104°F (kira-kira 40°C)
  • Sukar untuk bercakap, berdiri atau berjalan
  • Masih berpeluh dengan banyak
  • Kelihatan keliru atau bingung
  • Tidak sedarkan diri (pengsan)

Kesimpulan

Kesimpulannya, panas melampau bukan sekadar ketidakselesaan, tetapi satu ancaman kesihatan yang nyata dan semakin meningkat di Malaysia.

Dengan kombinasi suhu tinggi, kelembapan ekstrem dan kesan perubahan iklim, anda perlu lebih bersedia dan peka dengan risiko strok haba.

Sumber gambar: Info Sihat

About admin