site stats Semakan Panggilan Ujian MEdSI Sesi 2025 / 2026 – Eze To Movem

Semakan Panggilan Ujian MEdSI Sesi 2025 / 2026

PENGUMUMAN TERKINI BERKENAAN SEMAKAN PANGGILAN UJIAN MEdSI 2025 / 2026

Semakan Panggilan Ujian MEdSI Program Pengajian Pendidikan
Lepasan STPM / Setaraf Sesi Akademik 2025/2026

Semakan boleh dibuat pada :
21 April 2025 (Isnin) | 12 Tengah Hari

Ujian MEdSI akan bermula pada :
28 April 2025 (Isnin) hingga 09 Mei 2025 (Jumaat)

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Ujian MEdSI dan cara membuat semakan.

Apakah Ujian MEdSI?

Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia [Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)] ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam.

Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik.

Jumlah soalan ialah sebanyak 300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam.

Baca juga: Ujian i-MEdSI Sesi 2025/2026 – Semakan Panggilan & Tips

    Cara Semakan Ujian MEdSI

    I) PROGRAM PENDIDIKAN

    Semakan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk calon yang memohon Program Pengajian Pendidikan di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UPSI, UiTM, UMS, UIAM, UTHM & USIM
    **Calon perlu mengikuti tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

    Semakan boleh dibuat di portal rasmi :
    https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/

    II) PROGRAM BUKAN PENDIDIKAN

    Semakan Panggilan Temu Duga dan/atau Ujian Program Pengajian Bukan Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2025/2026.

    Calon yang memohon program pengajian bertemu duga dan/atau ujian (#), boleh melayari URL Universiti Awam terlibat seperti di bawah untuk membuat semakan bermula pada 26 Mei 2022 (Khamis)

    Sila hubungi UA terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Mengapa Saya Tidak Terpilih Untuk Menduduki Ujian Ini? Apakah Kelayakan Yang Diperlukan?

    Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hanya membantu Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam urusan pengendalian ujian MEdSI.

    Dalam konteks ini, MPM hanya memproses senarai nama calon yang telah dipilih untuk menduduki ujian ini.

    Pemilihan dibuat oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sebarang makluman tentang kelayakan dan proses pemilihan adalah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

    Untuk info lanjut, sila layari :

    • TikTok : @bkpaupu
    • Facebook : kemasukan bpkp jpt
    • Telegram : UPUONLINE CHANNEL
    • Instagram : @kemasukanbkpa
    • YouTube : bkpaUPU

    About admin