free hit counter Semakan Keputusan STPM 2025 – Majlis Peperiksaan Malaysia – My Blog

Semakan Keputusan STPM 2025 – Majlis Peperiksaan Malaysia

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 1 STPM 2025

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM 2025 untuk semester 3 akan diumumkan pada Rabu, 28 Mei 2025, jam 10 pagi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui sebuah siaran media dan infografik rasmi di media sosial rasmi badan tersebut.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan bagi pelajar-pelajar yang terlibat.

Keputusan Semester 3 STPM 2025

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2025 bagi semester 3 akan dikeluarkan pada Rabu, 28 Mei 2025.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan secara dalam talian mulai pukul 10 pagi pada hari tersebut.

“Keputusan juga boleh diperoleh secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2024 dengan menaip STPM<jarak>RESULTS3<jarak>NO KP dan hantar ke 15888.

Tarikh Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2025

Tarikh pengumuman keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, STPM 2025 Semester 3 adalah pada tarikh dan waktu berikut:

  • Hari : Rabu, 28 Mei 2025
  • Masa : 10 pagi
keputusan stpm semakan

Manakala bagi KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ULANGAN SEMESTER 2 Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia 2024, ia akan diumumkan pada 29 Mei 2025 :

semakan keputusan stpm

Terdapat 2 cara semakan bagi calon-calon mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Sila rujuk langkah-langkah semakan di bawah:

Cara Semakan Keputusan STPM Online & SMS

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan 2 kaedah semakan keputusan iaitu:

KAEDAH SEMAKAN

i) Semakan melalui Pautan MPM 

Sila layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia https://www.mpm.edu.my/stpm-online/semakan-keputusan-stpm atau terus ke pautan pantas https://stpm.mpm.edu.my/ dan https://stpm.mpm.edu.my/STPM_RESULTS3/

semakan keputusan stpm 2025

Sila isikan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang kosong yang disediakan.

Tekan butang HANTAR untuk mendapatkan keputusan anda.

semakan keputusan stpm

Untuk memohon rayuan semakan semula keputusan, sila klik pada bahagian yang berkenaan.

ii) Semakan Melalui SMS

STPM<jarak>RESULTS3<jarak>No. KP dan hantar kepada 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai 28 Mei 2025 (Rabu), jam 10 pagi.

Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke stpm@mpm.edu.my

Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2025

Rayuan semak semula STPM akan dibuka pada 28 Mei 2025 (Rabu) jam 10 pagi sehingga 4 Jun 2025 jam 11.30 tengah malam.

Bayaran permohonan Rayuan Semak Semula adalah RM50.00 bagi satu kertas dan secara dalam talian.

Keputusan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan dan boleh disemak di pautan https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/

keputusan stpm semakan

Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk media sosial rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di bawah:

Baca juga:

About admin